Thursday 14 June 2012

Pengumuman untuk Penduduk Sekitar Bandar Baru Nilai: Cawangan Little Caliphs Bakal Dilancarkan





Assalamualaikum w.b.t


Untuk makluman penduduk sekitar Bandar Baru Nilai, cawangan Little Caliphs bakal dilancarkan di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan yang dijadualkan pada pertengahan bulan Oktober 2012.  Pemilik merupakan pemegang lesen Little Caliphs Program masih mencari beberapa lokasi yang sesuai buat penduduk kawasan sekitar.


Kami masih mencari tenaga pengajar yang berkelayakan untuk sama-sama bekerjasama mengusahakan tadika ini.  Bagi individu yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar sebagai Guru Tadika boleh menghantarkan resume dan sijil berkaitan ke emel kami: hr@littlecaliphsbbn.com


Kami akan mengemaskini maklumat dari masa ke semasa berkaitan lokasi dan tarikh pelancaran tadika ini selepas siap urusan pemilihan lokasi selesai. 


Pembukaan pendaftaran untuk pengambilan pelajar baru dijadualkan dibuka sekitar awal September 2012.


Jika ibu-bapa ada sebarang cadangan dan pertanyaan, boleh utarakan di emel kami: lcputrapoint.lc@gmail.com


Sekian Terima Kasih


Puan Noor Laila Ariffin
Pemilik/Pengusaha Little Caliphs Bandar Baru Nilai

No comments:

Post a Comment